Pada post kali nie, saya nak bercerita tentang filem terbaru arahan Syamsul Yusof nie...iaitu..."Khurafat - Perjanjian Syaitan".....Perghhh......memang menakutkan, suspens...elok-elok saya takda sakit jantung leh dapat sakit jantung terus lepas tengok cerita nie semalam....
![]() |
Khurafat - Perjanjian Syaitan |
Filem Khurafat yang dibintangi sendiri oleh Syamsul Yusof (Johan), Liyana Jasmay (Aisyah), Sabrina Ali (Anna), Salina Saibi (Zura), Fauziah Nawi (Mak Johan), Nur Huda (Ila), Zendy (Rosman), Mariani (Nenek), & Latif Borgiba (Bomoh)......Filem arahan Syamsul Yusof kali nie memang cukup dahsyat, sound effectnya...dramatik nya, dan kesan-kesan seramnya....sepertinya saya katakan tadi....Elok-elok takda sakit jantung leh dapat sakit jantung aku.....huhuhu......aku ada terjumpe sinopsis tentang filem ini dekat salah sebuah blog ketika aku sedang mencari poster-poster filem nie dah selain daripadanya.....
SINOPSIS : "Khurafat - Perjanjian Syaitan"
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.
Jangan lupa tonton filem Khurafat yang akan menghantui pawagam mulai 13 January 2011.
Itulah dia serba sedikit yang ada dalam filem ini, kalau nak rasa keserammannya itu.....baik korang pergi sendiri dekat pawagam yang berhampiran dengan korang and tengok sendiri....rasai sendiri filem ini.....Oh Gosh....1st time saya tengok filem seram cover-cover mata gune beg, selama nie relax jer....tapi yang nie....adoiii....tekejut-kejut saya dibuatnya....memang tak rugi lah kalau korang pergi tengok cerita nie....tak mahal pun kan tiket wayang tu, takdalah sampai ratus-ratus ringgit bagai....Just Go N Watch guys.....
Sini ada beberapa gambar yang aku jumpe kat google....HAHAHA!!!apa susah kans.....Enjoy~Seeeeeraaammm~.......
P/S : AMARAN KERAS BAGI SESIAPA YANG MENGHADAPI SAKIT JANTUNG....HAHAHA!!
No comments:
Post a Comment