Sunday, December 26, 2010

"Gunting Dalam Lipatan"...Langkah Mengatasinya..

Assalamualaikum Semua...
Hey You'll....

HAHAHA!!Nape gambar drama series F.R.I.E.N.D.S ye aku letak pada post kali nie??Semalam logo drama tu, hari pun sama jer kan...kenapa??Sebab semalam kan aku post tentang "Know Your Friends : Gunting Dalam Lipatan" tu...Today aku nak bagitahu tentang langkah untuk mengatasinya.....HAHAHA!!!So....Baca lah ye...


Korang pasti marah dan kecewa kerana orang yang selama nie korang anggap dia sahabat rupa-rupanya berniat jahat pada diri korang. Tapi jangan korang lakukan sesuatu yang lebih mengeruhkan keadaan tu....Terdapat banyak cara lagi untuk men-SETEL kan benda-benda macam nie janganlah korang main serang....AMBUSH macam tu sahaja...kang tak pasal-pasal hilang sudah sahabat kamu tu.....Disini terdapat beberapa langkah yang maybe korang boleh ikut sekiranya korang menghadapi situasi seperti semalam tu...

  1. Bersemukalah dengannya dan berterus terang bahawa kamu sudah tahu apa yang dilakukan padamu.
  2. Minta dia sendiri yang mengaku dan katakan padanya kamu tidak berdendam ataupun marah padanya kerana apa yang penting kamu cuma mahu tahu apa punca si dia cuba menikam kamu dari belakang.
  3. Tunjukkan bukti atau saksi yang kamu ada sekiranya dia enggan mengaku apa yang kamu katakan.
  4. Jangan sesekali meninggikan suara, bercakaplah dengan penuh DIPLOMASI agar dia juga tidak melenting apabila kamu menuduhnya dan semuanya dapat diselesaikan dengan aman.
  5. Sekiranya dia masih menafikan apa yang kamu katakan, langkah seterusnya kamu biarkan sahaja si dia begitu tanpa perlu menekan lagi sehingga boleh menjadikan pergaduhan yang besar.
  6. Kamu cuba elakkan diri dari berhadapan dengannya. Tidak perlulah menyimpan dendam sehinggakan kamu dan dia berterusan bermusuh.
  7. Jangan sesekali memburuk-burukkan musuh kamu itu pada orang lain kerana bimbang si dia semakin berdendam pada kamu sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
  8. Mana-mana cerita buruk yang pernah tersebar tentang kamu ataupun kamu pernah tersalah anggap pada orang lain kerana terpedaya dengan kata-kata sahabat kamu itu sebaiknya carilah jalan untuk membersihkan nama kamu semula. Jernihkan kembali hubungan kamu dengna sesiapa sahaja yang berkaitan.
  9. Kamu boleh menasihati teman-teman lain agar lebih berhati-hati dengan si dia.
  10. Andainya si dia mengakui kesilapannya, kamu perlu memaafkannya tetapi awas jangan mudah percaya dengan kata-kata maafnya kerana orang sepertinya bukan terlalu muda untuk menyesal. Memaafkan itu boleh, tetapi jangan terus percaya kerana sekiranya kali kedua kamu terperangkap pasti ianya akan lebih teruk daripada yang pertama.
So korang dah baca kan semua langkah-langkah diatas nie.....try lah guna ye kepada SAHABAT korang yang korang rasa dia itu adalah "GUNTIN DALAM LIPATAN" itu....
Well then....Selamat Beramal....HAHAHA!!!

Toddlez...
Assalamualaikum...

p/s : aku bukannya suka-suka nak post pasal benda yang berkait dengan "KAWAN" nie....tapi aku tengok sekarang nie memang susah nak cari kawan yang boleh share suka duka...yang banyak nak share SUKA jer...bila DUKA...."ala...ko setelkan lah sendiri"....tu lah ayat yang dorang akan cakap.....WHAT FRIENDS FOR???HEHEHE...

No comments:

Post a Comment