Sunday, December 26, 2010

Know Your Friends."Gunting Dalam Lipatan"

F.R.I.E.N.D.S
Assalamualaikum Semua Dan Selamat Pagi...
Hey You'll....

Pada pagi-pagi buta nie aku nak share sikit jer dengan korang tentang "FRIENDS" or "SAHABAT/KAWAN" tuk korang semua, bukannya apa-apa pun just for sharing.....Well, you know...Sharing Is Caring.....HAHAHA!!Well,korang semua mesti ada kawan sejati, kawan sampai mati, best friends, best friends forever kan.....aku pun ada jugak....apa?Ingat aku xda ker??HAHAHA!!! Jangan Langsi Ah!!Lu Langsi Lu Mati.....Opss....tu dah cerita lain....Back To The Main Topic...."Know Your Friends : Gunting Dalam Lipatan", Oh Gosh!! Jahatnya tajuk nie kan....apa yang korang tahu tentang "Gunting Dalam Lipatan" nie??HAHAHA!!!Meh kita mula.....

Korang mesti pernah dengar pepatah yang berbunyi "Rambut Sama Hitam,Tapi Hati Lain-Lain"...pernah kan....Dalam bersahabat korang kenelah sentiasa berpegang pada pepatah nie, ini kerana kita tidak dapat menjangka atau meramal apa yang ada didalam hati seseorang itu. Didepan kita dia bukan main lagi baik, suci, Angel Look Alike lah kononnya, tapi bila kat belakang kita OH GOSH!!!Gunting pun kalah wooo....HAHAHA!!Jadi korang kene lah sentiasa berwaspada apabila berhadapan dengan sahabat sebegini kerana mereka didepan kamu kelihatan sungguh baik tapi ternyata tidak dan mereka akan menjatuhkan anda pada suatu hari nanti.

Motif dan Tujuannya.
Mostly motif mereka yang bergelar "Gunting Dalam Lipatan" nie adalah untuk melihat korang jatuh ataupun cuba untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu. Selain dari tu, dorang nie juga ada hasad dengki dengan apa yang korang dapat yang dia sendiri tidak. Cuba korang try semak dan tandakan pada ciri-ciri dibawah ini, kalau ada lebih dari 7 dari 15 ciri-ciri dibawah ini yang terdapat pada kawan korang tu...memang dia boleh lah di-kategori kan sebagai "Gunting Dalam Lipatan"....

  1. Apabila korang bercakap,si dia akan sokong cakap korang tanpa sebarang bantahan pun walaupun apa yang korang cakapkan tu tak masok akal langsung.
  2. Tidak pernah menasihati korang walaupun sudah jelas korang melakukan tindakan yang salah.
  3. Sentiasa mengajar korang melakukan perkara yang salah seperti di tempat keje,di sekolah, di kolej dan lain-lain tempat. Dia mempengaruhi kamu menentang ketua kamu sedangkan dalam masa yang sama pulak dia tu sentiasa berbaik-baik dengan ketua.*Hish...hish...hish...Talam 1---- MUKA!!!
  4. Ada masa-masanya, tindak tanduknya korang dapat lihat seperti mahu mengenakan korang.....pada saat ini lah korang kene berhati-hati.
  5. Bila ada member-member korang yang bagitau kat korang si DIA tu kat belakang korang tak habis-habis buat cerita buruk pasal korang padahal di depan korang, pijak semut pun tak mati woo.
  6. Mulut si DIA sentiasa manis dan bijak berkata-kata. Korang nie selalu dianggap seperti IDOLA bagi si DIA.
  7. Kalau dari segi kata-kata si DIA tu memang pandai mengambil hati korang tetapi kalau pasal WANG si DIA agak KEDEKUT! Si DIA jarang sekali mahu menghabiskan wangnya semata-mata untuk ambil hati korang, sebabnya DORANG ni ambil hati korang dengan kata-kata manis bukannya dengan WANG RINGGIT.
  8. Namun begitu, si DIA tu adalah jugak belikan korang hadiah walaupun hadiah tu tidak lah mahal or berharga sangat pun tapi dia berjaya membuatkan korang menghargainya sampaikan dapat menutup sedikit keburukannya....
  9. BIJAK menyorokkan semua keburukannya dan sering buat orang simpati dengannya melaui kisah-kisah sedihnya yang tertindas oleh beberapa pihak yang lain....
  10. Hidup si Dia tu selalu korang tengok tenang jer tanpa ada apa-apa masalah dan tiada musuh tetapi...Air Yang Tenang Jangan Sangka Tiada Buayanya...Ntah-ntah korang lah musuh DIA....
  11. Bagi yang ada BF/GF pulak, biasanya ini adalah TARGET UTAMA dia. Bila korang ada masalah dengan BF/GF korang, DIA nie pulak menjadi orang tengah antara kalian.....Kononnya PENDAMAI lah untuk korang....Silap hari bulan...BF/GF korang terus jadi BF/GF si DIA.WATCH OUT!!!
  12. Si DIA akan sentiasa mengambil berat tentang diri korang setiap hari dan tidak pernah lupa untuk bertanyakan khabar padahal tujuannya untuk pastikan korang akan terus mempercayai keBAIKANNYA.
  13. Cuba melaga-lagakan korang dengan teman yang lain tanpa sebarang sebab pun...BAHAYA NIE!
  14. Membuat cerita-cerita yang tida ada bukti sahih.
  15. Tidak pernah mengaku kesilapan sendiri, tetapi apa yang sering dilihatnya adalah kesilapan orang lain.
So korang tengok lah ye ada tak ciri-ciri yang diatas ini ada pada kawan korang tu...rasa-rasanya lebih tak dari 7 or kurang dari 7....Jika kurang dari 7 tu kira okay lah tapi still kene jaga-jaga kan....dan kalau yang terlebih dari 7 tu....HAHAHA!! Good Luck Ye!!!

Well korang, setakat ini...itu jerlah yang aku nak share kan....nie pun aku cilop majalah mane ntah....HAHAHA!!!Borink-borink pagi-pagi nie....so aku copy-edit-and re-type lah semula...HAHAHA!!! Untuk next post pulak, aku akan post cara  untuk mengatasinya pulak...HAHAHA!!!
Chawww~
Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment